Saturday, December 18, 2010

Earn Money for Click (try this is free n only for 10 min perday)

You Must Have a paypal acc before to do its...
click THIS 
For learn sign up paypal acc 


After Create paypal acc click 4 of this banner and follow the instruction

 
  

Saturday, August 14, 2010

  • Welcome2
  • hahaha... aku reti ker menulis... tak tau la ada orng baca or x... herm...
  • aku kenal blog melalui seseorng yang telah pergi dari hidup ker... dan ader yg dlm blog aku nie die tolong bt... aper la benda yg terjadie... memang salah aku tetapi mungkin kehadiran aku tidak disenangi lagi... xperla... biarlah lah dier berbahagia bersama kehidupannya sekarang dan family... aku ingin minta maaf kepdanya atas aper yang telah berlaku..
  • Semesta baru telah bermula dan telah berlalu sebulan dan kali kedua aku berpuasa di UNIKL MSI..
  • Harap2 dpt lah berpuasa dirumah.

Wednesday, May 5, 2010

Last PAper for This sem

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Mals giler nak stdy aduh... dah la ramai yang dah balik kg.... herm...
biler lak aku nak balik nie... penyu2 sila jemput aku...
hahaha... giler dah nie... x sabar nya nak balik... nak jumpa bini no1..
lamer giler x bwk dier jalan2 huhuhu
eh luper lak aku nie stdy nie hahahha...

Reality

awk baik, caring...
slalu buat sy gelak...
wlupn bru knl tp rase cm dh lame...
ati sy kte ye...
awk wt sy epy...
awk brani...
awk slalu buli sy....
sy epy ke..sdih ke awk ade...
bg smgat awk org tua... matang sket...ha.ha.ha awk open...

huhuhu Tq for saper yg menulis nya

Tuesday, May 4, 2010

END OF THIS SEMESTA

WAH>>>>.....
kejap sungguh rasanya... macam baru 1 bulan di unikl MSI....hahaha
tapi rupa2 nya sudah final and dah nak hbs pun...
tingal 2 paper jer... falsafah sains dan islam dan metrology...
raser macam dah malas jer nak stdy....
kepada penyu jgn lah bwk lari aku punya mood nyer...
cuti nie aper aku nak buat nya... nak kena rancang nie... kalu x mesti bosan ...hahahha
saper lah yang nak teman aku bercuti nie....
..Mata ku sakit... tak tau kenaper..tiber3 jer... herm biler la nak baik nie... ker nak kena sakit mata...
Dah lamer x mengarang panjang2 nie...
dah la... aper la aku mengarut nie... kepada saper3 yang bakal dibuli harap bersabr
heheheh.... nite all...

Sunday, April 25, 2010

PETANDA JATUH CINTA......

1. Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

2. Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)

3. Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

4. Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

5. Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

6. Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D

7. Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

8. Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

9. Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

10. Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

11. Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

12. Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

13. Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu

Wednesday, April 14, 2010

5 Syarat Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bisshawab.

Monday, April 12, 2010

Terjemahan Bacaan Talkin..... Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia.

Masa baca tu,sebut2lah nama sendiri sama2lah kita lebihkan amalibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hirrah man nir rahim.

Maha suci Tuhan
yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Maha suci Tuhan
yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan
yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa

menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu
ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan
Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacitadan risau serta janganlah kamususah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakahpegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat Dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan sembahyang lima waktu, puasa dibulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha
Illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh,sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun diPadang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa sanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu Disisi Allah Taala.Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak Disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut'

Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,yang ingat mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat mengingati dengan kesabaran.'

Surah Al-A'sr .Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...'

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
'masing-masingselama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN' Dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

maka jawabnya
Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkanoleh WUDHU'.'

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin Sambil membersihkan
debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melaluititian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba
Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang Mayatnya TIDAK BUSUK
dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1.Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3.Para Alim Ulama
4.Para Syuhada
5.Para Penghafal Al Quran
6.Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8 Wanita yang mati ketika kelahiran/beranak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak Melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu Kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
Kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Tuesday, April 6, 2010

Mengapa Aku Dihidupkan Di Dunia Ini?

Untuk Sujud Kepada Allah swt.
-Firman Allah, maksudnya:"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah 5:98)

Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya..

Untuk Aku Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini.
-Firman Allah, maksudnya: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan setengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.' (Surah al-An'am 6:165)

Untuk Aku Menyeru Kebaikan, Membanteras Kejahatan.
- Firman Allah, maksudnya: "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh bebrbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali Imran 3:104)

Allah Tidak Jadikan Aku Sia-Sia
-Firman Allah, maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu )menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun:115)












Monday, March 8, 2010

Welcome To my blog...
kat aku nyer blog nie ader mcm2 benda..berguna ker x berguna ker.. aku pun tak tau...